Majjhima Nikaya
III. 2. 7. Mahācattārãsakasuttaü
(117) Perbincangan Panjang mengenai Empat Puluh
Aku mendengar bahawasanya. Pada suatu ketika, baginda yang diberkati berdiam di biara yang dipersembah oleh Anàthapiïóika di hutan kecil Jeta di Sàvatthi. Baginda yang diberkati pun memanggil bhikkhu-bhikkhu di situ.
Bhikkhu sekelian, aku akan mengajari jalan yang mulia, penumpuan benar bersama dengan cara-cara dan gandingannya. Dengarlah dengan teliti penuh perhatian wahai bhikkhu sekelian. Apakah maksud penumpuan yang benar lagi mulia bersama dengan cara-cara dan gandingannya?
Ia adalah:
- Pandangan yang benar
- Pemikiran-pemikiran yang benar
- Pengucapan yang benar
- Tindakan-tindakan yang benar
- Penghidupan yang benar
- Usaha yang benar
- Kepekaan yang benar
Bhikkhu sekelian, minda itu adalah ketajaman seseorang, dikurniakan dengan tujuh keadaan yang disebut sebagai penumpuan yang benar bersama dengan cara-cara dan gandingannya.
Bhikkhu sekelian, di sini, pandangan yang benar itu adalah yang terutama. Bagaimana pandangan yang benar yang terutama? Pandangan yang salah itu dikenali sebagai pandangan yang salah, pandangan yang benar itu dikenali sebagai pandangan yang benar.
Bhikkhu-bhikkhu, apakah pandangan yang salah? Tiada hasil untuk hadiah-hadiah, pengorbanan, dan persembahan. Tiada hasil untuk tindakan-tindakan yang baik dan buruk. Tiada dunia ini, tiada dunia lain, tiada ibu, tiada bapa, tiada makhluk-makhluk yang bangkit secara spontan, tiada mereka yang mengasingkan diri dan para brahmin yang menyedari dunia ini dan dunia lain serta mengisytiharkannya. Bhikkhu-bhikkhu sekelian, ini semua adalah pandangan yang salah.
Bhikkhu-bhikkhu, apakah pandangan yang benar? Aku sebutkan bahawa pandangan yang benar itu berlapis dua pula. Terdapat pandangan yang benar dengan keinginan-keinginan untuk berkongsi pahala, yang matang sebagai asasnya (1) dan pandangan yang benar, yang mulia, tanpa keinginan-keinginan, melampaui dunia ini serta menjadi ciri pula untuk jalan ini.
Apakah pandangan benar dengan keinginan-keinginan untuk berkongsi pahala, yang matang sebagai asasnya? Iaitu hasil-hasil untuk hadiah-hadiah, pengorbanan dan persembahan. Wujud hasil-hasil untuk tindakan-tindakan baik dan buruk. Wujud dunia ini, dunia yang satu lagi, ibu, bapa, makhluk-makhluk yang bangkit secara spontan. Wujud mereka yang mengasingkan diri dan para brahmin yang menyedari dunia ini dan dunia lain serta mengisytiharkannya. Inilah pandangan benar dengan keinginan-keinginan untuk berkongsi pahala, yang matang sebagai asasnya.
Bhikkhu-bhikkhu, apakah pandangan yang benar, yang mulia, tanpa keinginan-keinginan, melampaui batasan dunia ini, yang menjadi ciri untuk jalan ini? Perkembangan pemikiran mulia oleh penyelidikan ciri-ciri pencerahan dari ajaran tanpa keinginan-keinginan, bersama dengan ciri-ciri hikmah, kuasa hikmah yang jelas, deria-deria hikmah, semua itu merupakan pandangan yang benar dan mulia, melampaui dunia ini, yang menjadi ciri untuk jalan ini. Dia berusaha untuk menghilangkan pandangan yang salah dengan mendapatkan pandangan benar yang telah pun terbina, lantas menjadi usaha yang benar untuknya. Dia berusaha untuk menghilangkan pandangan yang salah dan menerima kemajuan dalam pandangan benar, yang menjadi kepekaannya yang benar. Oleh itu, ketiga-ketiga perkara ini berikut-ikutan sesama sendiri, menjadi bulatan. Seperti pandangan yang benar, usaha yang benar dan kepekaan yang benar.
Bhikkhu sekelian, di sini pandangan yang benar itu menjadi yang terutama. Bagaimana pandangan yang benar itu menjadi yang terutama? Mengetahui pemikiran yang salah itu sebagai pemikiran yang salah dan mengetahui pemikiran yang benar itu sebagai pemikiran yang benar., yang menjadi pandangan yang benarnya.
Bhikkhu-bhikkhu sekelian, apakah pemikiran-pemikiran yang salah? Pemikiran-pemikiran yang membangkitkan ghairah, pemikiran-pemikiran penuh marah dan pemikiran-pemikiran yang mencederakan, itu semua adalah pemikiran-pemikiran yang salah.
Bhikkhu-bhikkhu sekelian, apakah pemikiran-pemikiran yang benar itu? Bhikkhu-bhikkhu sekelian, aku sebutkan bahawa terdapat pula dua lipatan pemikiran yang benar. Terdapat pemikiran-pemikiran yang benar dengan keinginan-keinginan untuk berkongsi pahala, yang matang sebagai asas dan juga terdapat pemikiran-pemikiran yang benar, yang mulia, tanpa keinginan-keinginan, mengatasi dunia ini serta merupakan satu ciri bagi jalan.
Apakah pemikiran-pemikiran yang benar dengan keinginan untuk berkongsi pahala, yang matang sebagai asas? Iaitu:
- pemikiran-pemikiran bukan menurut hawa nafsu atau yang bukan membangkitkan nafsu.
- pemikiran-pemikiran yang bebas kemarahan.
- pemikiran-pemikiran yang tidak menyakiti makhluk yang lain.