Merenung Lapan Lapis Jalan Mulia


Pada ketika ini, tuan mungkin mengamalkan beberapa jenis renungan. Misalnya, setengah orang itu berbuat demikian untuk bertenang-tenang diri, setengah yang lain pula untuk membebaskan minda. Itu lah dia, tuan-tuan. Untuk membebaskan minda dan hati dari keterikatan, rasa menyampah, dan kejahilan. Dalam lain perkataan, untuk mencapai Nibbhana.

Kebanyakan daripada kita ini menjalani kehidupan berumahtangga. Pagi keluar bekerja, petang-petang baru balik. Kita pun letih dengan benda-benda yang diperkata dan diperbuat di siang harinya. Tuan mungkin bersetuju bahawa minda kita ini menjadi lembap berikutan proses kehidupan yang terus berlaku.

Baginda Buddha bersabda bahawa tidaklah sesuai untuk memperkembang ketenangan atau penumpuan apabila minda itu letih dan lembap. Sesuai pula memperkembang faktor pencerahan untuk tahap-tahap membezakan baik dan buruk, faktor pencerahan tenaga dan faktor pencerahan tubuh badan yang cedera itu bila minda menjadi lembap (Bojjhangasamyutta).

Cara terbaik untuk memulakan semadhi itu adalah dengan Lapan Jalan Mulia. Ia adalah Jalan yang membawa kita ke Nibbhana. Ia juga membawa kepada perkembangan asas-asas kepada kekuatan rohaniah. Selepas melalui renungan ini, tuan bolehlah mengamalkan sebarang jenis semadhi yang sudah pun biasa diperbuat. Tuan boleh melihat banyak perbezaan dengan melalui Lapan Jalan Mulia.

Tuan-tuan mungkin pernah mendengar banyak perkara mengenai Jalan ini, namun tuan pun mungkin mendengar konsep-konsep yang tidak benar mengenainya. Jalan ini mestilah dipelajari sebaik mungkin menurut penjelasan yang diberikan oleh baginda Buddha. Selepas belajar Jalan ini, mulakan lah semadhi dengan pandangan yang benar dan kaji secukup-cukupnya mengenai Kebenaran Mulia yang pertama saja dulu.

Beri perhatian ke setiap perincian itu minit demi minit, bermula dari kelahiran dan kemudian diikuti dengan berusia dan seterusnya. Kemudian uji setiap bahagian dan mengesahkannya satu demi satu jika ia diterima. Baginda Buddha menyebut, timbulnya enam asas dalam kelahiran dan ia adalah penderitaan. Ketika bersemadhi bersunyi diri itu, bolehlah tuan mengkajinya. Kenapa penderitaan itu kena ada enam dasar deria? Jawabnya itu, sebab mata kita ini tidak kekal, telinga ini tidak kekal dan seterusnya. Cari contoh tuan sendiri dan ambil dari fenomena yang terjadi di sekitar tuan.

Jika tuan melihat perkara berbeza dengan sebelumnya dan tuan menderita disebabkannya, maka tuan akan bersetuju sendiri dengan baginda Buddha menerusi pengalaman hidup persendirian tuan. Bukannya sebab baginda Buddha yang kata begitu dan kata begini. Lihat ibu atau bapa tuan atau sesiapa saja yang dikenali tuan yang mula hilang penglihatan disebabkan usia semakin meningkat. Fikirkan juga bahawa tuan pun tidak boleh melepaskan diri darinya.

Jangan lupa juga untuk merenung bermuhasabah diri mengena deria-deria asas lain seperti telinga dan lain-lain. Jika anda bersetuju bahawa ia adalah penderitaan, maka masuk pula ke bahagian kedua. Usia tua itu adalah Jarapi Dukkha atau penderitaan dan kajilah ia. Bila tuan sampai ke kematian, renunglah seteliti mungkin dengannya dengan memberi contoh kepada diri sendiri. Dengan cara ini, tuan pun melalui seluruh semadhi. Jangan tergesa-gesa menelitinya. Tuan mungkin mengambil masa 40 minit, namun tuan boleh jadi masih merenung hanya di bab kelahiran itu penderitaan cuma untuk hari itu saja. Begitu pun masih bagus.

Yang penting, tuan menyedari kebenaran sabda baginda Buddha itu menerusi hikmah tuan sendiri. Harus disedari juga, tuan mungkin merasa bahawa tuan sudah pun mengesahkan sabda Buddha itu namun ia sebenarnya masih lagi kepercayaan membuta tuli dan dibuat tanpa sebarang kesedaran serta penghayatan. Jika tuan merenung dengan betul, tuan mesti akan bertembung dengan beberapa Dhamma yang belum pernah kedengaran sebelum ini serta belum pernah disahkan oleh tuan. Jangan terus tolaknya. Baginda Buddha itu berhikmah, cuma kita saja belum memahaminya. Cuba merenungnya lebih daripada yang ada. Nanti, tuan akan setuju dengan baginda Buddha bila tiba hari bertuah tuan itu.

Terus bersemadhi untuk beberapa bulan. Jangan lupa juga untuk bersemadhi merenung lima golongan keterikatan seperti perasaan, persepsi, pembentukan mental, dan kesedaran yang mengikat jiwa sebagai sebahagian daripada semadhi setiap hari. Selepas beberapa lama, tuan akan memperkembang sendiri kebolehan untuk mengingati semula setiap minit dari bahagian Kebenaran Mulia dan mungkin sudah mengesahkan beberapa bahagian daripadanya. Cuba lihat sama ada tuan memperoleh pandangan dari dalam diri semasa menjalani semadhi.

Tuan bolehlah memberi perhatian kepada Kebenaran Mulia kedua selepas tuan sudah memperkembang kemahiran mengulangkaji Kebenaran Mulia yang pertama. Luangkan beberapa bulan untuk Kebenaran Mulia pertama dan kedua. Mesti selalu mula dengan pandangan benar dan kemudian ke gambaran Kebenaran Mulia pertama dan seterusnya ke Kebenaran Mulia kedua mengikut susunan. Boleh jadi mengambil beberapa bulan diperlukan untuk memperkembang semadhi bahagian ini dan seterusnya boleh berpindah ke Kebenaran Mulia ketiga.

Bila tuan berpindah ke Kebenaran Mulia keempat, tuan sudah pun kembali ke Lapan Jalan Mulia. Sambung dengan "Pemikiran Benar". Sentiasa uji makna Dhamma yang diamalkan dan sahkan jika sepadan dengan pengalaman tuan. Jika tidak sah, tinggalkannya dulu di tahap itu dan kembali semula di tahap semadhi seterusnya. Mesti disedari bahawa pengesahan itu penting untuk perkembangan lancar.

Semasa beramal, periksa sekiranya tuan mempunyai segala ciri-ciri yang direnung itu. Maksudnya, uji diri sendiri dengan persoalan:
  • Sudahkah saya melepaskan keseronokan deria semampu mungkin?
  • Sudahkah saya mempunyai pemikiran ahimsa dan tidak menyakiti makhluk lain?
Jika selesa di sini, pindah ke "Pengucapan Benar" dan seterusnya.