Jumaat, 15 Ogos 2014

Samadhi Zaman Buddha


Bahagian ini merangkumi cara samadhi yang pernah digunakan pada zaman purba sehingga ke hari ini. Barangsiapa yang tidak menghiraukan Lapan Jalan Mulia itu, maka dia pun turut tidak menghiraukan Jalan Mulia yang membawa kepada penghapusan penderitaan zahir dan batin.

Barangsiapa yang mengambil Lapan Jalan Mulia itu, maka dia pun turut mengambil Jalan Mulia yang membawa kepada penghapusan penderitaan zahir dan batin (Maggasamyutta).

Apakah kehidupan yang suci itu? Itu lah dia, Lapan Jalan Mulia; pandangan benar... tumpuan benar. Itu semua lah kehidupan yang suci.
Apakah buah-buah dari kehidupan suci itu? Buahnya itu adalah:
  • Srotāpanna
  • Sakṛdāgāmin 
  • Anāgāmin
  • Arahant
Empat tahap kenaikan jiwa ke pencerahan, disebut lah juga sebagai buah-buah hasil dari kehidupan yang suci (Maggasamyutta).

Rujukan:
  • Tapa Samadhi Purba, Yayasan Anaalaya, Sri Lanka (online)